
Fokus
Gantang masih relevan
SUATU ketika dahulu, gantang merupakan alat sukatan dan pertukaran yang dijadikan sebagai alat penyukat rasmi. Ia digunakan oleh pedagang-pedagang Arab untuk menjalankan urus niaga aktiviti jual beli beras di tanah Melayu termasuklah di desa. Lazimnya, gantang diperbuat daripada kayu seperti mana cupak yang biasanya diperbuat daripada tempurung kelapa yang besar.