
KBS terima 28 aduan kes libatkan gangguan, penderaan dalam sukan
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerima sebanyak 28 aduan membabitkan pelbagai jenis kes termasuk penderaan, buli serta pengantunan seksual dalam industri sukan, untuk tempoh 2023 sehingga tahun lalu. Menterinya, Hannah Yeoh berkata, sebanyak 16 kes telah diselesaikan iaitu masing-masing dua kes melibatkan penderaan seksual, penderaan fizikal, ugutan dan pengantunan seksual