
Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari
PEMBAHARUAN Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara. “Bagi memudahkan