
Berita
Pengusaha halal Bumiputera digesa jangan hanya fokus kepada sektor F&B
PENGUSAHA halal Bumiputera digesa menembusi pasaran eksport halal global bukan hanya melalui sektor makanan dan minuman (F&B), tetapi juga dalam sektor-sektor lain seperti bahan-bahan (ingredients), kosmetik dan farmaseutikal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata permintaan bagi produk-produk halal global semakin tinggi dengan pasaran bernilai US$5 trilion dijangka