
Kenyataan Zahid bukti kesatuan dalam Kerajaan Perpaduan – Fahmi
KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak ‘mengusik’ rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata bahawa kenyataan tersebut mencerminkan kesatuan hati dalam kalangan pimpinan kerajaan serta matlamat bersama