
Meta setuju kerjasama dengan MCMC laksana kempen keselamatan dalam talian
META bersetuju menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pemegang taruh lain bagi melaksanakan kempen kesedaran nasional mengenai amalan keselamatan dalam talian. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi. “Susulan komitmen yang dinyatakan oleh Meta