
Semarakkan masjid, surau dan rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan – Fahmi
MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam di negara ini menyemarakkan masjid dan surau di kawasan masing-masing serta merapatkan ukhuwah dan silaturahim sempena Ramadan yang bermula esok. Fahmi menerusi akaun Facebook rasminya turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini. “Alhamdulillah, Ramadan yang