
Tiada maklum balas lagi berkenaan draf MoU peruntukan pembangkang – Fadillah
KERAJAAN masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pembangkang berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. “Tanya pembangkang.. belum dapat lagi, belum dapat respons daripada mereka,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis TVET Competent Suruhanjaya Tenaga (ST) –