
Kertas strategi perkasa sektor PKS sedang disediakan – Ewon
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyediakan kertas strategi bagi memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), April depan. Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata sebagai permulaan ke arah usaha itu, satu siri sesi libat urus telah diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum