
Pihak pertikai kod etika wartawan Malaysia perlu fahami prinsip yang terkandung – Teo
PIHAK yang ingin mempertikaikan mengenai Kod Etika Wartawan Malaysia perlu memahami terlebih dahulu prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod etika tersebut sebelum membuat dakwaan ia akan menyekat kebebasan media. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kod etika tersebut telah dikemas kini dan akan menjadi panduan bagi pemegang Kad Perakuan Media