Berita

Akta, enakmen, ordinan jenayah syariah di negeri lain masih sah selagi tidak dicabar

PERUNTUKAN dalam akta, enakmen, ordinan jenayah syariah di negeri-negeri lain masih sah dan berperlembagaan serta boleh dikuatkuasakan, walaupun Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata ia selagi mana keperlembagaan peruntukan-peruntukan tersebut tidak dicabar dan tidak disytiharkan sebagai tidak sah