Berita

Produk terbaik Bumiputera

EKSPO Pelancongan dan Makanan Halal yang sedang berlangsung merupakan antara ruang terbaik mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan pelancongan Bumiputera dari seluruh negara. Presiden Persatuan Usahawan Pelancongan Malaysia (PUPEM), Kamarun Ab. Rahman berkata ahli persatuan itu akan mempamer dan menawarkan produk serta perkhidmatan pelancongan menarik kepada pelancong dalam dan luar negara.