
Berita
Ahli politik dan isteri didakwa edar, tanam kanabis
SEORANG ahli politik dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di rumah mereka, pada bulan lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada Adam Asmuni, 35, dan Lyiana Roslee, 34, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim,