Berita

Drama di TikTok? Mana mungkin nak suruh Auntie, Uncle berlakon

NAMA Yang Berhormat (YB) DATUK MOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM memang tidak asing lagi di lapangan media sosial khususnya TikTok dengan aksi bersahaja ketika menyelesaikan isu-isu rakyat. Biarpun begitu, ada sahaja yang mengkritiknya sebagai menunjuk-nunjuk dan berdrama biarpun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong ini menegaskan ia dilakukan secara spontan.