
Insiden lubang benam tiada kaitan dengan banjir kilat – Dr Zaliha
KEJADIAN lubang benam di Jalan Masjid India tempoh hari tidak ada hubungan secara langsung dengan banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, kata Dr Zaliha Mustafa. Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu, ia hanya kebetulan disebabkanketika itu ada beberapa insiden-insiden selain akibat daripada hujan yang lebat.