
Berita
Dua produk mi segera mengandungi ethylene oxide selamat dimakan
DUA mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Spesial jenama Indomie yang sebelum ini diarah ditarik balik susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk itu, disahkan selamat untuk dimakan dan mematuhi perundangan yang ditetapkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan memaklumkan perkara itu disahkan