
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari
KADAR pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kedudukan tenaga buruh kekal stabil selaras dengan perkembangan aktiviti ekonomi semasa, merekodkan trend positif yang berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan