
Berita
Bilangan penganggur catat penurunan 0.7% – DOSH
BILANGAN penganggur terus berkurang kepada 551,400 berbanding 555,300 orang pada bulan sebelumnya sekali gus merekodkan penurunan sebanyak 0.7 peratus (%). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, menurut Statistik Tenaga Buruh Oktober 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2% kepada 16.72 juta