
Harga Ron 97, diesel turun 15 sen
HARGA runcit bagi petrol RON97 dan diesel di semenanjung Malaysia turun sebanyak 15 sen seliter bagi tempoh 12 hingga 18 September 2024. Kementerian Kewangan berkata seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM3.25 seliter.