Artikel

Diabolo kekal relevan selepas 600 tahun

YO-YO Cina atau dikenali sebagai diabolo merupakan salah satu permainan tradisional dari China yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat berbilang kaum. Diperkenalkan sejak zaman Dinasti Min sekitar tahun 1386, permainan tersebut mula berkembang di negara ini pada tahun 1994. Namun, ketika itu ia hanya dikenali di negeri Selangor sahaja.