
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
JUMLAH kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Februari, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya dengan dua kematian akibat komplikasi dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan berkata kumulatif kes demam denggi