
Hari Kebangsaan 2024: Lebih 100,000 rakyat zahir semangat Jiwa Merdeka
LEBIH 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024, membuktikan semangat patriotik kekal subur dalam jiwa rakyat Malaysia. Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka yang diadakan di Dataran Putrajaya hari ini berjalan lancar dengan disemarakkan menerusi acara perbarisan dan