
Berita
Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria
MALAYSIA mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi itu. Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. “Tindakan sengaja