
Berita
Garis panduan PUSPAL dalam peringkat akhir pindaan
GARIS Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pindaan garis panduan Puspal itu antara lain turut mengambil kira pengurusan isu-isu semasa seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), isu raja,