
Teroka hubungan dagangan lebih holistik
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam meneroka hubungan dagangan yang lebih holistik dan terbuka dengan negara-negara blok ekonomi dunia. Penganalisis politik, Dr Syed Agil Alsagoff berpandangan hubungan dagangan yang lebih terbuka ini akan memperkukuhkan nilai ringgit dan nilai eksport barangan dan perkhidmatan negara ke pentas dunia.