Berita

‘Content’ di media sosial perlu bermanfaat, tidak langgar etika – Fadhlina

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menggalakkan para guru menghasilkan kandungan di media sosial yang memberi manfaat, tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan beretika. Menterinya Fadhlina Sidek berkata kandungan itu boleh dibuat dalam bentuk untuk memberikan  pendidikan seperti membantu meningkatkan kefahaman terhadap subjek tertentu untuk murid dan kesedaran berkaitan dengan pembelajaran. “Bagaimanapun garis panduan (sedia ada di peringkat KPM) mesti dipatuhi oleh