Berita

Presiden ISTAF Charouck meninggal dunia

ARENA sepak takraw dunia hari ini menerima perkhabaran duka susulan pemergian Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Charouck Arirachakaran, yang meninggal dunia di kediamannya di Bangkok, hari ini. Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 91 tahun pada kira-kira jam 4 petang tadi (waktu tempatan) akibat sakit tua. “Beliau merupakan