
KPWKM santuni keluarga kanak-kanak dibunuh di Bau, Sarawak
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyantuni keluarga kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipukul dan dibunuh di Bau, Sarawak baru-baru ini, selaras dengan Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pemeliharaan dan pelindungan. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya memandang serius kes pembunuhan tersebut. “Saya dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan