
Berita
SPRM gempur kegiatan punggah hasil bumi tanpa prosedur sah, tiga direman
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggempur kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang. Ia disyaki dilindungi pegawai sebuah agensi di bawah kerajaan negeri sejak 2022. Dalam serbuan dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sekitar Bukit Goh semalam, SPRM menahan tiga individu