Bom

Berita

Cebisan anggota badan di sekolah Gaza serlah kekejaman Israel

PENGUMPULAN cebisan anggota badan dalam beg plastik selepas serangan jet pejuang Israel terhadap sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan di Gaza menonjolkan tahap keganasan dan kekejaman melampau yang dihadapi rakyat Palestin. Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin terbunuh awal pagi Sabtu apabila tentera Israel mengebom Sekolah Al-Taba’een di kawasan kejiranan Al-Daraj di

Berita

Jumlah bom digugur Isreal di Gaza melepasi Perang Dunia Kedua

ISRAEL telah menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, jauh mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Anadolu (AA). Pada akhir April, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menganggarkan kira-kira 70,000 tan bom dijatuhkan ke atas Gaza, meliputi tempoh

Berita

16 terbunuh dalam serangan bom rejim Israel di Rafah

SEKURANG-KURANGNYA 16 rakyat Palestin pada Selasa dilaporkan terbunuh dalam siri pengeboman besar Israel ke atas kawasan di barat dan tengah Rafah di selatan Semenanjung Gaza, ketika serangan Israel ke atas wilayah kecil itu memasuki hari ke-235. Menurut koresponden agensi Anadolu (AA), ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan barat Rafah

Berita

Pengeboman di Bali: Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah bersubahat

DUA rakyat Malaysia mengaku bersalah pada Selasa atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada tahun 2002, selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 2006. The New York Times melaporkan, Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand.

Berita

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam pengeboman di Iran – Wisma Putra

SETAKAT ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam tragedi pengeboman di Kerman Cemetary di bandar Kerman pada Rabu ( 3 Januari) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan beratus-ratus lagi cedera, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis. Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan

Berita

Rakyat Malaysia di Lubnan selamat – Hishammuddin

Semua rakyat Malaysia di Lubnan dilaporkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dalam laporan awalnya. Kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia, berlaku kebakaran diikuti letupan dahsyat di sebuah gudang di pelabuhan di ibu negara Lubnan, Beirut, dipercayai