
Berita
Lima lelaki ditahan seleweng 955 kotak minyak masak bersubsidi
LIMA lelaki ditahan kerana disyaki menyeleweng 955 kotak minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000 di sekitar ibu kota, minggu lepas. Kesemua suspek yang ditahan masing-masing empat rakyat tempatan dan seorang warga asing berusia lingkungan 28 hingga 35 tahun. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)