
Tindakan SPRM sita akaun bank Bersatu ikut undang-undang
TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita akaun bank Bersatu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya. Demikian ditegaskan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempertimbang tindakan saman terhadap suruhanjaya itu berhubung pembekuan akaun bank