
Harga beras: Kerajaan teliti manfaat dua pihak
ISU kenaikan harga beras sememangnya menjadi tumpuan saat ini. Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membuat pengumuman tentang perkara tersebut pada 20 Mac depan namun ramai yang tidak senang duduk. Di laman sosial, pelbagai pihak melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana pengumuman tersebut mengambil masa yang agak lama