
Kerajaan teliti ambil banduan bagi mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing
PENGGUNAAN khidmat banduan bagi menggantikan pekerja asing sebagai langkah pengurangan dalam pelbagai sektor akan diteliti. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, semalam. “Isu pekerja asing bukanlah isu baru.