
Berita
Agensi kerajaan, swasta, komuniti disaran jayakan inisiatif Bandar Pintar WP
SEMUA pihak termasuklah agensi kerajaan, pihak swasta dan komuniti Wilayah Persekutuan diseru untuk bersama-sama menjayakan dasar Bandar Pintar Wilayah Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, peranan semua pihak diperlukan bagi mendapat data yang lengkap dalam membangunkan sistem bandar pintar yang lebih komprehnsif dan inklusif.