
Berita
110,000 petani dikesan sepanjang 11 hari Banci Pertanian 2024 dilaksanakan
KIRA-KIRA 110,000 petani dan golongan terlibat dalam sektor pertanian berjaya dikesan di seluruh negara dalam tempoh 11 hari pelaksanaan Banci Pertanian 2024 bermula 7 Julai lepas. Ketua Perangkawan merangkap Pesuruhjaya Banci Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,486 petani dikesan menjalankan aktiviti pertanian di Melaka.