
Seleweng RM600,000: Dua kakitangan badan berkanun direman
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang Pengurus Akaun disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000. Perintah reman selama empat hari sehingga 11 Januari dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar,