
Adik Hariz hilang penglihatan akibat kanser terima sumbangan Perdana Menteri
SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun tujuh bulan, Muhammad Hariz Iman Mohd Herman menerima sumbangan RM10,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hilang penglihatan kedua-dua matanya akibat kanser saraf. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin mewakili Anwar menyampaikan bantuan kepada Hariz di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur