
Kerajaan setuju terus semakan undang-undang berkaitan hukuman mati mandatori – Azalina
KABINET hari ini bersetuju untuk meneruskan usaha menyemak undang-undang berkaitan dengan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah meneliti dasar pelaksanaan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang melibatkan 11