
170,751 individu dibebaskan daripada bankrap
SEJUMLAH 170,751 individu berjaya dikeluarkan daripada kebankrapan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua bagi tempoh Mac 2023 sehingga September lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah tersebut turut merangkumi golongan muda berusia 40 tahun ke bawah dan hutang tidak melebihi RM200,000.