
Artis veteran jadi keutamaan dalam program Kementerian Komunikasi – Fahmi
ARTIS veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan untuk memastikan golongan berkenaan dapat terus berkarya. Menterinya Fahmi Fadzil berkata Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohamad Fauzi Md Isa telah dimaklumkan bagi melaksanakan pendekatan itu, selain ia turut disarankan untuk dilaksanakan di peringkat agensi dan jabatan