
Berita
Pendidikan keamanan perlu untuk galak penyelesaian konflik tanpa kekerasan di Asean
MENGINTEGRASI pendidikan keamanan dan kurikulum pendidikan ketenteraan profesional boleh membantu ke arah mencegah keganasan serta menggalakkan penyelesaian konflik tanpa kekerasan di ASEAN. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendekatan sedemikian adalah penting dalam landskap keselamatan yang kompleks ketika ini kerana campur tangan ketenteraan sering kali disertai dengan keperluan mewujudkan strategi