
SPRM nafi dakwaan terima arahan agar tidak siasat individu tertentu
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan berita menyatakan organisasi itu telah menerima arahan agar tidak melakukan siasatan terhadap individu tertentu membabitkan pembelian saham sebuah syarikat. SPRM dalam kenyataannya pada Jumaat menegaskan, perkara tersebut merupakan tohmahan liar serta tidak bertanggungjawab yang sengaja dilemparkan bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap suruhanjaya ini.