Selera

Ramuan berkualti tinggi API Pizza dari Itali

PROSES pembuatan piza menggunakan ketuhar batu bukan lagi perkara asing apabila ramai pengusaha memilih cara tradisional ini bagi menghasilkan piza yang lebih lembut dan rangup. Begitu juga dengan pengasas Alla Piccola Italia (API) Pizza, Siti Rafitah Rakhimi, 38, yang lebih memilih teknik tradisional berbanding ketuhar elektronik bagi piza yang dihasilkannya.