
Menjaga keramat hidup, pengabaian terhadap ibu bapa
MENJAGA dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa sememangnya menjadi kewajipan dan tanggungjawab anak-anak kerana tanpa mereka maka tiadalah kita di dunia ini. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, khususnya yang telah tua atau terlantar sakit, ini masanya untuk anak-anak membalas jasa insan yang telah membesarkan kita dengan membahagiakan mereka.