
Mohamad akan sertai Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Laos
MENTERI Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) dari 28 hingga 29 Januari 2024 di Luang Prabang, Laos. Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN itu merupakan mesyuarat berjadual pertama bagi negara anggota ASEAN tahun ini, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan