
PKP ‘paksa’ hotel, peniaga tukar strategi perniagaan demi kelangsungan
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini memaksa hampir semua peniaga mahupun pihak perhotelan menukar strategi perniagaan mereka demi kelangsungan hidup. Pengurus Hotel Klana Beach Resort Port Dickson Che Dzarudin Che Omar berkata pihaknya terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kos operasi dengan mengadakan jualan makanan secara bawa pulang,