
SOP pengurusan e-waste ditambah baik
KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil langkah proaktif menambah baik Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP) dan memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengurusan e-waste. Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan tanggungjawab di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. “Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan tindakan