
Gempa Turkiye, Syria: Agong, Permaisuri ucap takziah, seru adakan solat hajat
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut menzahirkan ucapan takziah. Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah