
Putrajaya Wetland Adventure Park: Destinasi cabar adrenalin
WILAYAH Persekutuan Putrajaya kini menambah satu lagi tarikan pelancongan terbaharu iaitu Putrajaya Wetland Adventure Park yang pastinya menarik perhatian penggemar aktiviti lasak. Terletak di kawasan hijau yang subur di sekitar Wetland Putrajaya, taman pengembaraan yang baru saja dirasmikan ini menawarkan pelbagai aktiviti mencabar yang menjanjikan pengalaman menakjubkan kepada para pengunjung